Kami di Simple Thrift Store sentiasa memastikan setiap produk yang dihantar berada dalam keadaan terbaik. Namun, sekiranya berlaku masalah, berikut adalah polisi pemulangan dan penukaran kami:
Penukaran hanya dibenarkan jika:
Produk rosak disebabkan oleh pihak kami (bukan akibat penghantaran, pelanggan atau pihak ketiga).
Size yang dihantar adalah salah akibat kesilapan pihak kami.
Penukaran tidak dibenarkan jika:
Produk telah dipakai, kotor, atau tidak dalam keadaan asal.
Kesilapan size dibuat oleh pembeli sendiri (kecuali boleh hadir ke kedai fizikal dan bergantung kepada stok).
Produk adalah barangan promosi, lelong atau diskaun besar.
Kerosakan berlaku selepas barang diterima dan bukan dari pihak kami.
Semua permintaan return/exchange perlu dibuat dalam masa 3 hari selepas barang diterima.
Sebarang permintaan selepas tempoh ini tidak akan diterima.
Pelanggan wajib mengemukakan gambar atau video bukti kerosakan/kesilapan.
Semua permintaan akan disemak sebelum kelulusan diberikan.
Jika kesilapan atau kerosakan dari pihak kami, kos penghantaran untuk tukar semula akan ditanggung oleh kami.
Jika bukan disebabkan pihak kami, pelanggan tanggung kos penghantaran (jika dibenarkan tukar di walk-in shop sahaja).
Kasut mesti dalam keadaan belum dipakai, bersih dan lengkap dengan packaging asal (jika ada).
Kami tidak akan terima penukaran jika produk yang dihantar balik bukan dari Simple Thrift Store atau telah ditukar.
Kami tidak menawarkan pulangan wang (refund).
Penukaran hanya akan dilakukan berdasarkan stok sedia ada.
Kami tidak akan bertanggungjawab atas kerosakan disebabkan pihak courier. Segala tuntutan perlu dibuat kepada syarikat penghantaran.
Untuk penukaran size akibat pembeli salah pilih, hanya dibenarkan di kedai fizikal kami (walk-in), bergantung kepada stok.
Kami berhak menolak sebarang permintaan return/exchange yang tidak memenuhi syarat di atas.