Simple Thrift Store

Frequently Asked Question

Adakah kasut ini original?

Kasut kami adalah kategori UA Quality (unauthorised authentic) – material dan kualitinya dihasilkan dari kilang pengeluar yang setara dengan jenama besar, tetapi dijual tanpa label rasmi. Ia bukan replika murah, tapi juga bukan 100% original retail.

Saiz apa yang tersedia?

Kebanyakan model tersedia dalam saiz EU 36–45 (3.5UK-10.5UK). Saiz tertakluk kepada model dan stok semasa. Anda boleh WhatsApp kami untuk pengesahan saiz sebenar sebelum tempahan atau boleh terus ke shopping cart kami.

Berapa lama masa penghantaran?

Penghantaran mengambil masa sekitar 1–3 hari bekerja (bergantung lokasi). Untuk kawasan tertentu, COD (Cash on Delivery) juga boleh diatur.

Boleh tukar jika salah saiz?

Ya, penukaran saiz dibenarkan dalam masa 3 hari selepas terima, bergantung pada stok dan syarat penukaran. Kasut mesti dalam keadaan asal (belum pakai).

Macam mana nak pastikan saiz sesuai?

Kami sediakan panduan saiz (size chart) di website kami dan anda juga boleh rujuk contoh real-life fit melalui review pelanggan kami di bahagian review website dan media sosial kami.

Adakah kasut di Simple Thrift Store tahan lama dan selesa dipakai?

Ya, kami hanya menjual kasut yang diperbuat daripada material berkualiti tinggi dan diuji ketahanannya. Ramai pelanggan kami telah memberi review positif selepas penggunaan jangka panjang.

Boleh ke saya dapatkan diskaun dari harga asal?

Boleh! Kami kerap buat promosi dan potongan harga istimewa. Jangan lupa follow kami untuk notis diskaun dan waktu promosi terhad.

Kasut ni ikut trend terkini tak?

Sudah tentu. Kami sentiasa buat research dan restock model yang sedang viral dan trending, tetapi dalam kuantiti terhad supaya eksklusif.

Kasut ni ramai orang pakai ke?

Kami pilih model yang stylish dan popular, tapi tetap ‘rare’. Jadi, anda masih nampak unik dan tak terlalu ‘mainstream’.

Kalau saya ada masalah kaki cepat sakit, sesuai tak pakai kasut ni?

Ya. Kami ada koleksi kasut dengan tapak lembut, ringan dan sokongan tapak kaki yang sesuai untuk pengguna sensitif.

Design kasut ni update tak?

Setiap minggu, kami akan kemaskini koleksi baru yang lebih fresh, moden dan sesuai dengan trend semasa.

Layanan pelanggan macam mana?

Kami utamakan layanan mesra, pantas dan jujur. Anda boleh baca feedback kami dari pelanggan terdahulu untuk bukti.

Banyak tak pilihan size dan jenis kasut yang ada?

Kami ada pelbagai jenis kasut – untuk lelaki, wanita, unisex, couple set – dan size dari kecil hingga besar ikut permintaan.

Betul ke harga kasut anda lebih murah dari tempat lain?

Kami jual dengan harga terus dari kilang UA quality. Kualitinya setanding original, tapi harganya jauh lebih rendah.

Saya tak tahu beza jenis material dan quality kasut. Boleh tolong?

Boleh! Kami akan terangkan secara ringkas dan mudah difahami. Kami juga ada panduan khas untuk bantu anda kenal quality sebenar.

Ada tak kasut couple set kat sini?

Ada! Kami ada koleksi khas untuk couple dengan matching design & size lelaki/perempuan.

Betul ke kasut ni tak ada pig skin?

Betul. Kami jamin semua kasut kami bebas dari unsur pig skin. Bahan dan supplier kami telah dipastikan halal dan bersih.

Kenapa ada kasut tak ada kotak?

Untuk jimatkan kos dan elakkan pembaziran, sesetengah kasut kami datang tanpa kotak asal. Tapi kualiti tetap sama.

Macam mana packaging kalau beli online?

Kami bungkus kasut anda dengan packaging khas yang kemas dan menarik. Sesuai juga untuk hadiah.

Macam mana saya tahu saya takkan ditipu?

Kami jual secara telus, ada banyak review & bukti pembeli. Tiada pelanggan yang tertipu kerana kami jaga amanah bisnes sepenuhnya.

Saya belum gaji. Masih boleh beli ke nanti?

Boleh sangat. Kami sentiasa restock dan simpan stok sehingga hujung bulan untuk pelanggan yang tunggu gaji.

Our work was featured in best Quality and Services

×
×

Cart